Monday, June 22, 2009

Kisah Diri Ku

Aku dilahirkan pada tahun 1985 pada bulan April 14 bertempat Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku dibesarkan di pelbagai tempat seperti di kawasan perumahan mewah, kampung serta di kawasan perumahan setinggan dan flat biasa. Lumrah hidup manusia yang sering berubah-ubah. aku disekolahkan di Sekolah Cina SRJK (C) On Pong, Ampang dan berpindah ke SRJK (C) Lee Rubber gombak atas alasan perpindahan. Dengan persekolahan aku, aku boleh bertutur bahasa cina serta menguasai dalam perbualan dan penulisan walau aku ini hanya melayu yang tidak sepandai pelajar cina yang lain. Atas dorongan cikgu yang aku hormati, ke mana aku hendak pergi, aku kena berbahasa cina dalam pertuturan. pahit manis kenangan aku bersama kawan yang bergolongan cina amat besar di mana di kelas ku kekurangan pelajar melayu, hanya saya dan seorang pelajar lelaki yang suka membuli aku, sakit hati aku melihat gelagat yang suka banggakan diri.

Setelah tamat persekolahan ku di sekolah rendah, aku teruskan langkah kaki ku ke alam sekolah menengah pula di mana bibit cinta, ilmu, disiplin, persaingan serta cabaran datang menduga. Di sekolah SMK Chong Hwa, gombak aku belajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Banyak juga kenangan-kenangan aku perolehi di mana aku belajar pelbagai cara hidup yang sosial serta kecanggihan cetusan idea yang keluar dari rakan-rakan sahabat handai dan lain-lain. Aku rindukan perihal yang berlaku di sekolah ku dari sekolah rendah hingga menengah.

Sekarang, umur ku menjangkau 24 dimana aku telah menamatkan pelajaran ku di Kolej Proffesional MARA, Seri Iskandar Perak. Aku bangga dapat meneruskan pelajaran ku walaupun aku mengambil diploma 2 kali dalam hidup ku dari aku melepak serta membuat kerja yang tidak berfaedah. dengan keputusan aku yang amat memberangsangkan, aku ditawarkan kerja di pertama kompleks sebagai rezeki pertama aku. Tetapi, aku berniat untuk mencari pekerjaan yang lebih baik untuk menyara keluarga ku serba sedikit, meneruskan pelajaran serta berkeinginan memiliki harta benda sendiri (bukan mata duitan k...). Aku tahu, hanya usaha sahaja yang perlu dalam tiap kehidupan manusia.

No comments: