Wednesday, June 24, 2009

Hari Duni@ SengAl


Salam Sejahtera kepada pembaca di luar saner...korg tau x ari nie dunia aku sbnarnya happy sgt2 tapi pe kan daya, boss aku telah mencemarkan hari ku lalu aku kutuk dia dgn hati yg penuh nk angkat kaki ari ni jugak...aduhai...Ya Allah ya Tuhan ku, kuatkan lah hati aku meningglkan kwn2 ku serta student2 ini supaya aku dpt contact mereka terus menerus...hm...pe r...

Tuesday, June 23, 2009

Hari Ku...


Hari ni aku keje dgn riang ria tapi kadang sesuatu hal leh bt aku hilang happy day aku. bila aku pk blk, ptt ker aku keje kat tmpt gaji yg rendah yg mcm xrespect dip aku dgn gaji yg rendah? aku nk jer blah skrg sbb dgn keadaan cmpny yg mcm ribut ckt jer...dgn bebelan mdm yang xpercayakan aku tp bg gak aku keje...xfhm btl aku dgn dia yg suka bergosip la pe la...aduhai...geng, jom blah dr tmpt keje nie weh...huhu...

Monday, June 22, 2009

Father's Day

Tanggal 21 semalam, jatuh hari bapa sedunia...tapi bagi aku hari2 hari bapa and ibu nie...dengan niat ikhlas aku hadiahkan sebiji kek buat sumer dpt rasa and makan kek yang boleh kata aku mampu xmampu nak mkn sebelum nie, kek secret resepi..huhu...sedap 2 mcm kureng jer...hm...

Kisah Diri Ku

Aku dilahirkan pada tahun 1985 pada bulan April 14 bertempat Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku dibesarkan di pelbagai tempat seperti di kawasan perumahan mewah, kampung serta di kawasan perumahan setinggan dan flat biasa. Lumrah hidup manusia yang sering berubah-ubah. aku disekolahkan di Sekolah Cina SRJK (C) On Pong, Ampang dan berpindah ke SRJK (C) Lee Rubber gombak atas alasan perpindahan. Dengan persekolahan aku, aku boleh bertutur bahasa cina serta menguasai dalam perbualan dan penulisan walau aku ini hanya melayu yang tidak sepandai pelajar cina yang lain. Atas dorongan cikgu yang aku hormati, ke mana aku hendak pergi, aku kena berbahasa cina dalam pertuturan. pahit manis kenangan aku bersama kawan yang bergolongan cina amat besar di mana di kelas ku kekurangan pelajar melayu, hanya saya dan seorang pelajar lelaki yang suka membuli aku, sakit hati aku melihat gelagat yang suka banggakan diri.

Setelah tamat persekolahan ku di sekolah rendah, aku teruskan langkah kaki ku ke alam sekolah menengah pula di mana bibit cinta, ilmu, disiplin, persaingan serta cabaran datang menduga. Di sekolah SMK Chong Hwa, gombak aku belajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Banyak juga kenangan-kenangan aku perolehi di mana aku belajar pelbagai cara hidup yang sosial serta kecanggihan cetusan idea yang keluar dari rakan-rakan sahabat handai dan lain-lain. Aku rindukan perihal yang berlaku di sekolah ku dari sekolah rendah hingga menengah.

Sekarang, umur ku menjangkau 24 dimana aku telah menamatkan pelajaran ku di Kolej Proffesional MARA, Seri Iskandar Perak. Aku bangga dapat meneruskan pelajaran ku walaupun aku mengambil diploma 2 kali dalam hidup ku dari aku melepak serta membuat kerja yang tidak berfaedah. dengan keputusan aku yang amat memberangsangkan, aku ditawarkan kerja di pertama kompleks sebagai rezeki pertama aku. Tetapi, aku berniat untuk mencari pekerjaan yang lebih baik untuk menyara keluarga ku serba sedikit, meneruskan pelajaran serta berkeinginan memiliki harta benda sendiri (bukan mata duitan k...). Aku tahu, hanya usaha sahaja yang perlu dalam tiap kehidupan manusia.