Saturday, July 25, 2009

Dugaan Menghapuskan Dosa


Labels: Tazkirah
SEGALA bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.Hadith Muslim dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!”Kemudian sabda baginda pula: ”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” HuraianAnas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Oh Fatimah...

Fatimah
Aku dikhabarkan diusia delapan belas kau dinikahkan
Bersama Ali,anak suadara kesayangan ayahandamu
Di Majlis besar itu kau berpakaian dari bulu
Yang mana ada dua belas tampalan jahitan

Mengikut adat orang Arab
Mempelai akan berpindah rumah
Ayahandamu membekalkan
Batu pengiling
Lesung penumbuk gandum
Sehelai kulit
Sebiji bantal
sebuah jag air
Sebiji pinggan

Peristiwa ini mengejutkan
Abu Bakar
Umar
Uthman
Usamah
Seraya Abu Bakar bertanya dalam hiba
Cuma ini bekalannya
Dijawab baginda
Ini memadai untuk orang yang masih hidup

Fatimah
Itu bangsa Arab
Walaupun bondamu hartawan
Ayahandamu manusia agung
Islam diutamakan

Fatimah
Bangsaku melayu
Adat kami mengatasi agama
Kami malu sekiranya terlalu beragama
Nanti jiran tertangga mengata
Selekeh dan tak moden
Tiada kenduri kendara
Adat bertunang
Membatalkan wuduk cincin emas bertatah berlian
Kami bersanding mendedahkan aib
Kami bangga sekiranya bentuk tubuh jadi hidangan
Kami suka hantaran mengatasi kemampuan
Kami suka dipuji
Kami suka mengeji

Fatimah
Adat kami lebih hebat dari agama
Nak nikah kami berijazah
Nak nikah kami ditemuduga
Tapi
Tak nikah pun kami boleh bersama

Fatimah
Dara bukan segalanya
Mencuba kerana sudah menjadi biasa
Lelaki kami sudah tak kira
Terlalu baik kerana mereka yang angkara
Kami pun suka dapat merasa dan ternoda

Fatimah
Adat kami menyulitkan yang mudah
Adat kami memudahkan dosa
Jaga nama baik keluarga walaupun ternoda
Gadai agama walaupun berdosa
Sumpah janji perkara biasa

Fatimah
Tuntutan dunia perlu diutama
Tiada lagi perlu mendalami agama
Cuma tertera pada pada mykad,Islam
Bahasa Inggeris dipertahankan
Bahasa Ibunda dipertiwikan
Bahasa Al-Quran kami nga nga
KeranaKami tidak punya masa
Ibu pulang jam lima
Bapa pulang sekali sekala
mbak yang mengajar bahasa jawa

Fatimah
UiTM,UM,USM, UTM
Dan semua U menjadi sasaran
Kami tersasar dalam agama
Malu anak gagal periksa
Daripada malu anak menghala ke neraka

Fatimah
Sunnah ayahandamu sudah tidak releven
Kami berbangga dengan De BonoIdea
Anthony Robbin
Plato
kami banggakanKami setaraf dengan bangsa mereka

Fatimah
Riwayat ayahandamu diceritakan
Suatu hari Baginda didatangi lelaki
Bujang miskin hina
Nasihatnya agar bernikah
Dia datang lagi kerana tidak kaya
Nasihatnya agar nikah lagi
Dia datang lagi perkara sama
Nasihatnya nikah lagi
Selepas yang keempat
Baru leleki itu kaya
Kerana isteri keempatnya berbakat dalam tenunan
Diajarnya ketiga-tiga madunya bertenun
Dia perniaga yang berjaya

Fatimah
Tapi kami lain
Malu menjadi isteri kedua
Takut miskin hina
Takut kami dimaki dihina
Tapi mereka suka kami ternoda
Kerana dara sudah tiada harga
Adanya wang mengatasi segalanya
Adat merisik
Adat bertunang
Adat bersanding
Adat membatal wuduk
Adat lebih dari agama

Fatimah
Pelikkan kami ini
Kami hipokrit
Kami ego
Kami saman siapa yang mengaibkan kami
Tetapi kami berbangga kalau memperlekehkan agama

Sekian
Fatimah
Agar kau mengerti bahawa tiada lagi LELAKI diduniaYang
Tinggal cuma Jantan Keparat..... ..

Wednesday, July 22, 2009

PUTERI banteras H1N1

bertempat di KL Sentral kami berkumpul bersama setiausaha sulit someone dan beberapa ketua puteri umno malaysia turun untuk mengagihkan penutup mulut yang ditaja dari kementerian kesihatan untuk menbanteras H1N1 yang berjangkit dan mula berleluasa kepada para penumpang yang baru sampai atau bertolak ke destinasi yang mereka ingin tuju. diharap program ini boleh mengeratkan silaturrahim di antara kawan2 seislam walaupun dah mula xberapa rapat...huhu...

Al-Fatihah

Bismillah hirrahmanirrahim...Al-Fatihah...


(Maksudnya:)


1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


4. Yang menguasai di hari Pembalasan.


5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.


6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,


7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Amin...

Antara 9 SITI yang patut dicontohi...

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam


- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

SANGKAAN BURUK (BERSANGKA BAIK LAH PADA YANG LAIN...)

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ....
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
Assalaamu`alaikum Sahabat Taman2 Syurga

Saya paparkan pengalaman dari mimpi saya untuk dikongsi bersama.

Semoga kita beroleh taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. Wassalam.

Tarikh : 2 November 1992
Masa : Di antara jam 3.00 - 3.30 pagi
Tempat : Taman Pekaka, Jalan Sg. Dua, Pulau Pinang
Sekitaran : Sunyi dan tenang
Perkara : Mimpi peristiwa di Alam Barzah

Mimpi bermula dalam keadaan aku baru tiba di alam barzah menemui sekumpulan lima atau enam orang rakan-rakan se pejabat ku yang telah "mendahului" aku. Kumpulan ini sedang duduk berbual di halaman sebuah tempat terbuka lengkap dengan kerusi dan meja yang diperbuat dari kayu. Sekitaran serba berwarna warni seperti di dunia, tenang dan awan mendung kemerahan tetapi tidak panas.

Mereka menegur aku dan berjabat tangan dan mengalu-alukan kedatangan ku. Apa yang aku masih ingat, ada seorang di antara mereka berkata `aku nampaknya tidak seperti dulu, diam sahaja dan aku menjawab `maklumlah tempat berbeza' dalam nada yang tidak teratur seperti masih terkejut dan tergamam. Aku gagah senyum sinis. Kemudian masing-masing bertanya khabar dan bercerita tentang bagaimana menemui `maut' (nota: aku tak ingat bagaimana dan siapa yang bercakap; ada yang mati kerana penyakit, kerana kena kilat, kejutan letrik dan aku tidak menceritakan bagaimana aku mati).

Kemudian apa yang aku ingat aku dibawa oleh seorang "Pengawas" lelaki yang berkemeja dan berseluar panjang putih macam pembantu hospital memegang pen dan satu senarai nama di atas papan tulis (file keras) masuk ke sebuah bangunan seperti rumahpangsa. Naik tangga ke tingkat satu dan ditunjukkan sebuah pintu bilik bernombor 205, bilik aku. Di dalamnya seperti asrama universiti atau bilik hotel, ada dua buah katil bujang lengkap dengan tilam, almari baju dan meja hias. Lampu di siling sederhana tetapi terang dan keadaan bilik kekuningan emas.

Aku turun ke bawah bertemu semula dan berbual dengan sahabat-sahabat. Aku bertanya "apa yang kita nak buat di sini", seorang sahabat berkata "di sini bukan tempat nak buat ibadat, semua dah tak dikira, hanya tempat menunggu yang lain-lain akan tiba; apa yang kita hendak semuanya ada di sini. Kita duduk bersembang sajalah. Kalau masa hidup banyak kebajikan, di sini tak susahlah!"

Aku naik semula terlajak sampai ke tingkat dua dan tiga, jumpa bilik no. 207 dan 208. Aku turun pula dan jumpa bilik mekanikal (generator) mungkin basement. Aku naik se tingkat dan buka pintu tetapi rupanya bilik mesyuarat atau bilik bacaan. Dari daun pintu yang terbuka sikit, ternampak sahabat se pejabat ku, pakai kot dengan neck-tie (seperti pakaiannya semasa di pejabat) sedang membaca surat kabar atau file bersama beberapa orang lagi di dalamnya, aku tidak mahu mengganggu dan terus mencari bilik 205.

Aku ketemu bilik aku dan daun pintu terbuka sedikit, nampak cahaya lampu keluar dari bilik aku; ada room-mate baru sampai. Bersalaman dan berkenalan. Orangnya rendah tetapi berbadan tegap, berkaca mata, bermisai dan berjanggut; wajahnya macam masih dalam keadaan terkejut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Shaharuddin Sudin (atau Samsudin, aku tidak ingat!) dan bekerja di pejabat Audit/Kewangan di KOMTAR dalam nada suara gagap dan tersekat-sekat. Aku kata "kalau tak silap kita pernah bercakap di dalam telefon tetapi tidak pernah bersua muka". Pada masa ini, seorang rakan sepejabat ku, Hassan lalu dan menjenguk ke bilik aku. Menegur aku dan aku perkenalkan kawan sebilik ku. Beliau mengajak aku ke bilik seorang lagi sahabat baik kami, Mahadi. Dia ada di dalam bilik, duduk di bucu katil. Bilik mewah kekuningan emas. Penuh lampu gantung dan lampu dinding macam hotel mewah. Di atas meja hias (cermin muka besar) terdapat sedozen kotak filem kamera Fuji masih dalam bungkusan plastik. Aku berkata kepada Mahadi, "amboi banyaknya filem". Mahadi menjawab sambil tersenyum, "untuk kenangan anak cucu aku".

Kemudian aku bersama ke laman bersama se kumpulan rakan kenalan. Aku bertanya, "di sini ada malam kah?" Mereka menjawab dengan senyuman dan aku faham jawapannya. Pada masa ini aku terdiam sebentar kerana teringatkan isteri dan anak-anak aku yang ditinggalkan. Aku berkata di dalam hati "pasal itulah sebelum mati aku berpesan-pesan kepada isteriku".

Aku balik ke bilik, salin pakaian pakai seluar pendek, singlet putih dan turun semula ke padang lakukan beberapa gerakan senaman (tidak berpeluh tetapi terasa dingin). Berhampiran tempat aku bersenam, terdapat dua kumpulan kanak-kanak perempuan dalam usia 7 hingga 10 tahun membuat dua bulatan berpakaian seperti uniform sekolah; satu kumpulan berbaju putih berjalur biru dan satu kumpulan berbaju putih berjalur hijau sedang menyanyi dan bersenam di awasi oleh dua orang guru wanita berdiri di tengah.

Aku menghampiri rakan-rakan pejabat bersembang di kerusi meja rehat di halaman (nota: tiada makan atau minum). Sepasang lelaki dan perempuan melintas di hadapan kami berpegangan tangan dan tersenyum riang. Salah seorang kawan menceritakan bahawa mereka adalah suami-isteri; si isteri meninggal dahulu kerana bersalin dan si suami baru "sampai". Aku mengeluh sebab tak tahu nak buat apa dan sampai bila hendak duduk macam ini? Kemudian aku beri cadangan elok kita berbuat sesuatu. Salah seorang kawan menjawab "apa yang hendak dibuat, disini bukan tempat ibadat semua tak kira dah dan bukan ada malam". Aku perhati ke `langit' dan cuaca seperti keadaan senja serta redup dan tenang sekali (tidak panas). Aku perhati di hadapan, jalanraya luas tanpa kenderaan dan di kiri kanannya tanah lapang kemerahan serta kontang. Kemudian aku memberi cadangan, "kan elok kalau ada kompleks perniagaan ka, rumah kaa di sana?" sambil mengunjurkan kedua-dua tangan ke arah padang lapang tadi ..... tiba-tiba tersergam sebuah kompleks dan pangsapuri di atas tanah lapang tadi (nota: seperti projek Hamna di Jalan Sungai Dua). Aku terkejut seketika.

Aku bersembang dengan seorang sahabat karib aku, Ghazali dan berkata "subhaanallah, sodaqa rasulullah," (Maha Suci Allah dan memang benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.). Ghazali bertanya kenapa aku berkata demikian. Aku kata, aku pernah membaca sebuah hadith; apabila seorang Islam meninggal dunia, pertama sekali saudara mara akan datang berjumpa dan bertanyakan khabar orang yang ditinggalkan, kemudian akan datang sahabat-sahabat pula bertanyakan yang sama. Apa yang aku ingat, ada sesuatu perkara yang kami tidak sefahaman mungkin tentang kesahihan hadith tersebut. Aku kata kepada Ghazali; itu hadith, tak kiralah sahih ka tidak, sebab itu aku kata Subhaanallah, aku puji Allah. Ghazali diam dan tersenyum. Kawan-kawan yang lain turut tersenyum.

Aku terpandang kepada seorang lagi sahabat se pejabatku bermisai tebal sedang duduk berseorangan di satu penjuru meja. Wajahnya seperti dilindung bayang. Aku menghampirinya dan kami berbual tentang satu perkara yang serius (nota: aku tak ingat perkara apa). Akhirnya, Kamaruzaman tersenyum sedikit dan menjawab "tak dak apalah, biasalah" (perkataan yang selalu diucapkan di dunia).

Aku terjaga dalam keadaan kaki tangan sejuk dingin dan kaku. Syukur kerana masih di alam dunia bukan di Alam Barzah. Lihat jam dinding pukul 3.30 pagi. Terus aku menulis peristiwa mimpi ini di atas kertas sebelum terlupa. Ringkasnya, di dalam mimpi ini, suasana tenang, tidak makan dan minum, tiada bilik air (tidak mandi atau buang air) dan setiap karakter sahabat adalah sama seperti ketika hidup. Walau bagaimanapun, saudara mara ku tidak wujud dalam mimpi ini.

Nota :

1. Segala yang tertulis di atas bukanlah cerita rekaan tetapi mimpi yang dialami sendiri oleh ku. Aku harap jangan ada sesiapa yang membaca dan cuba mentakrifkan mimpi ini kecuali yang mempunyai ilmu tentangnya. Dengan Allah kami berlindung dan kepada Allah kita akan kembali.

2. Pada 24 April 1994, aku menghadiri kursus di INTAN, Bukit Kiara, KL dan aku ditempatkan di bilik no. 205!

3. Pada 13 Jun 1994, aku menghadiri kursus anjuran pejabatku, "Pengurusan Masa Berkualiti" di Hotel Park Inn, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Pengurusan hotel memberi sebuah bilik untuk sembahyang. Bilik tersebut bernombor 205!

4. Pada 12 Mac 2002 musim kerja haji, aku dan isteriku berpindah dari bilik no. 206 ke bilik no. 205, Hotel New Safa, Makkatul Mukarramah kerana alat hawa dingin bilik 206 rosak. Pada 15 Mac 2002, check in di bilik no. 215 (hampir dengan 205), Kandara Palace Hotel, Jeddah untuk satu malam sahaja sebelum berlepas balik ke Malaysia. Semuanya diatur dan dalam perancangan Allah s.w.t.

PETIKAN HADITH NABI S.A.W.

Dari Abu Qatabah r.a. katanya, "Nabi saw. bersabda, "Mimpi yang baik dari Tuhan, dan mimpi yang buruk dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu memimpikan suatu mimpi yang menakutkannya, hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya, dan mohon berlindung kepada Tuhan daripada bahaya. Sesungguhnya dengan demikian, nescaya tidak akan membahaya-kan kepadanya."
- SHAHIH BUKHARI

Sunday, July 12, 2009

Saturday, July 11, 2009





Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi.

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia).

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapiapabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruhmalaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambiltanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabutroh manusia."Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah(Babylon)

10. Tanah India

11. Tanah syurga

12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:<br>

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itub ahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapanAdam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jikaorang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresapsampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun olehMuhammad Isa Selamat)

RENUNGANSesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alamdan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana padaAllahLah kita akandikembalikan.

SUBHANALLAH...

Tanda-Tanda si dia Suami Orang.....

Sedikit tip untuk wanita mana tahu rupanya anda 'ter'bercinta dengan suami orang.
1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.
2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.
3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.
4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.
5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.
6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.
7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.
8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).
9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.
10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.
Jangan marah haaa......

Jom Wayang... ;p

Esok Ahad, nak tengok citer pe erk??? citer pe yang besh ha??? kawan2 ku runsing memikirkan pe nak tngk wayang yang tengah panas n hangat diperkatakan... hm...pening3...aku amik keputusan nak tngok transformers atau grab me to hell...choose either one, kami target cerita horror...kot...that's my frenz choice and i need to follow...kalo banyak duit leh gak tngk 2 citer tapi pe kan daya...duit ku habis pikir shopping...muahahaha...sungguh membazir...hm...

Friday, July 10, 2009

6/7 hari bulan yang "INDAH"...

Di pagi yang indah serta semangat yang jitu, aku ke temat keje untuk menjalankan tugas ku seperti biasa. tapi bila petang menjelang, seorang pelajar yang belajar kat tempat keje ku dtg untuk menyelesaikan masalah dia. tanpa dia berfikiran panjang mcm budak2 walau umur 28thn, dia ungkit and mengeluarkan kata2 ketidakpuasan terhadap pe yang berlaku terhadap dia memikirkan dia seperti ketidaksukai oleh banyak pihak. dengan hati yang tidak puashati, nama ku disebut bertalu2 atas kesilapan ku dan dia mang xpuas hati. sebab salah dan malu dia, dia naikkan nama orang lain untuk menutup malunya sendiri.

**moral of the story: xsemua orang boleh dipercayai serta jangan mudah mesra dengan orang lagak macam baik tapi hati tu sangat "gelap gelita"...aku dah kene dah...muahahaha...sekarang perempuan tu kene dapat title "PEREMPUAN GILER"...cian dia...hm...

Thursday, July 9, 2009

Hari ku kini...

Hari nie aku mengalami sedikit pertelingkahan antara company dan pelajar yg belajar di sini. hanya sebab hal kecil, diperbesarkan seperti dunia esok mau kiamat. terasa serba salah dgn bos atas kesilapan aku. Dengan kesilapan tersebut, ia membuat aku buka mata untuk tidak mempercayai org dengan begitu mudah. Kini, aku baru terasa penangan sebenar dalam dunia keje.haha...kelakar tul ari nie...adeh...bush...kene kat aku lak...